Pelantikan
544 Penilaian 24. Penilaian terhadap pegawai dibuat berasaskan kepada tiga (3) elemen seperti yang berikut: (i) Disiplin dan Personaliti; (ii) Kefahaman; dan (iii) Komitmen. 25. Pentadbiran bagi kesemua elemen penilaian diuruskan oleh urus setia PTM manakala, bagi elemen kefahaman, soalan-soalannya hendaklah diperolehi daripada Pentadbir PTM. Pegawai perlu mencapai markah lulus yang ditetapkan bagi setiap elemen tersebut untuk lulus PTM dengan jayanya. 26. Bagi maksud perenggan 25, pelaksanaan penilaian hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran UP.1.3.9(C) . Pegawai Yang Telah Melengkapkan Kehadiran Modul PTM Kali Pertama 27. Setelah pegawai melengkapkan kehadiran bagi kesemua modul PTM pada kali pertama, urus setia hendaklah menyediakan laporan pegawai seperti di Lampiran UP.1.3.9(D) untuk diperakukan oleh Panel Pengurusan PTM (PPPTM). 28. Sekiranya terdapat kes pegawai yang tidak mencapai markah lulus yang ditetapkan, urus setia hendaklah memastikan dokumen sokongan yang lengkap disertakan bersama untuk pertimbangan PPPTM. 29. PPPTM hendaklah, setelah berpuas hati, memperakukan keputusan PTM. Sekiranya tidak berpuas hati, PPPTM boleh mengarahkan siasatan dilaksanakan dan diangkat untuk pertimbangan semula PPPTM. 30. Pegawai yang lulus PTM adalah disifatkan sebagai hadir dengan jayanya PTM berdasarkan peruntukan dalam skim perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Tarikh lulus PTM adalah tarikh yang dicatat dalam transkrip keputusan pegawai lulus semua elemen. Transkip keputusan adalah seperti di Lampiran UP.1.3.9(E) .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy