Pelantikan
545 31. Maklumat keputusan lulus PTM ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang berkenaan seperti yang berikut: “Pegawai telah lulus PTM pada _________________ dan telah memenuhi syarat hadir dengan jayanya PTM bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan”. 32. Proses yang perlu dilaksanakan selepas transkrip keputusan dikeluarkan bagi sesuatu sesi PTM adalah seperti Jadual 2 : Jadual 2: Proses Pelaksanaan Selepas Keputusan PTM Dikeluarkan Bil. Keputusan Bagi Setiap Elemen Proses Pelaksanaan Disiplin dan Personaliti Kefahaman Komitmen i. Lulus Lulus Lulus (a) Transkrip keputusan (lulus) PTM dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk disampaikan kepada pegawai. Transkrip ini merupakan dokumen yang diguna pakai bagi urusan pengesahan dalam perkhidmatan. (b) Keputusan ini direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. ii. Lulus Lulus Gagal (a) Transkrip keputusan dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk disampaikan kepada pegawai. (b) Keputusan ini belum perlu direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan, kecuali pegawai tidak sempat untuk mengulang atas sebab tamat tempoh percubaan yang dibenarkan berdasarkan dasar semasa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy