Pelantikan

 543 19. Tempoh pelaksanaan PTM adalah digalakkan mengikut jadual seperti di Lampiran UP.1.3.9(B). Walau bagaimanapun, jika terdapat kekangan tertentu, jabatan/ ILA boleh melaksanakan PTM mengikut tempoh yang bersesuaian dengan keperluan jabatan/ ILA selagi mana ia memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi setiap modul. 20. PTM dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pembelajaran termasuklah melalui pembelajaran secara bersemuka (ceramah, kuliah, dalam bilik darjah), latihan dalam kumpulan, sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz atau kaedah- kaedah lain yang bukan pembelajaran kendiri. 21. Ujian kefahaman pula dilaksanakan secara dalam talian melalui sistem e-Penilaian. Tempoh bagi sesi ujian kefahaman adalah seperti yang ditetapkan di Lampiran UP.1.3.9(C). Pegawai hendaklah melengkapkan ujian kefahaman pada hari terakhir PTM. Sekiranya ujian kefahaman tidak dapat dilaksanakan atas apa-apa faktor yang tidak dapat dielakkan, pegawai boleh melaksanakan ujian kefahaman tersebut dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sejurus selepas tamat sesi PTM tersebut. 22. PTM boleh dilaksanakan bersekali kepada pegawai daripada pelbagai kumpulan perkhidmatan, skim perkhidmatan, gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian jabatan atau ILA. 23. Jabatan yang tidak dapat mengendalikan PTM boleh menumpangkan pegawainya untuk menghadiri PTM di jabatan/ ILA yang mengendalikan PTM tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang berikut: (i) urusan penumpangan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, yang menumpang dan menerima pegawai sebagai peserta tumpangan; (ii) transkrip keputusan PTM yang dikeluarkan oleh jabatan/ ILA yang melaksanakan program tersebut adalah sah dan hendaklah diterima pakai bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan (iii) apa-apa kos yang terlibat bagi pegawai yang menumpang boleh ditanggung oleh jabatan/ ILA yang menerima pegawai yang menumpang tersebut. Sekiranya jabatan/ ILA yang menerima pegawai tidak dapat menanggung kos tersebut, ia hendaklah ditanggung oleh jabatan asal pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy