Pelantikan
542 “Pegawai dikecualikan daripada menghadiri PTM di skim perkhidmatan (nyatakan skim perkhidmatan semasa) kerana telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu pada / hadir dengan jayanya (lulus) PTM atau kursus setara atau kursus induksi atau lulus Peperiksaan Am Kerajaan iaitu (nyatakan nama kursus) di skim perkhidmatan (nyatakan skim perkhidmatan terdahulu) pada_______________. Oleh itu, pegawai telah memenuhi syarat bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan untuk skim perkhidmatan semasa.” PELAKSANAAN PTM Kaedah Pelaksanaan PTM 17. PTM boleh dikendalikan oleh jabatan atau institut latihan awam (ILA). 18. Pelaksanaan PTM boleh dilaksanakan sama ada secara fizikal atau secara dalam talian. Modaliti pelaksanaan adalah seperti di Jadual 1 : Jadual 1: Pelaksanaan Secara Fizikal Dan Dalam Talian Kategori Fizikal Dalam Talian Pegawai Pegawai hadir secara fizikal Pegawai hadir dalam talian secara maya Penceramah Penceramah hadir secara fizikal/ dalam talian secara maya Penceramah hadir dalam talian secara maya Aktiviti Aktiviti secara fizikal Aktiviti secara dalam talian secara maya Ujian kefahaman Ujian kefahaman secara dalam talian melalui sistem *e-Penilaian. *Sekiranya terdapat sistem lain yang menggantikan sistem e-Penilaian yang diperuntukkan dalam Ceraian ini, sistem lain yang menggantikan sistem terdahulu hendaklah diguna pakai mengikut kesesuaian fungsinya seolah-olah e-Penilaian tidak pernah digantikan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy