Pelantikan
541 KUMPULAN SASAR Secara umumnya, semua pegawai yang di dalam tempoh percubaan perlu memenuhi syarat hadir dengan jayanya PTM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaannya, kategori pegawai adalah terbahagi kepada dua (2) iaitu: (i) pegawai yang disyaratkan menghadiri PTM; dan (ii) pegawai yang dikecualikan menghadiri PTM. Pegawai Yang Disyaratkan Menghadiri PTM 13. Pegawai yang disyaratkan menghadiri PTM seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah seperti yang berikut: (i) pegawai dalam tempoh percubaan; dan (ii) belum menghadiri PTM atau kursus setara. Pegawai Yang Dikecualikan Menghadiri PTM 14. Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dalam skim perkhidmatan baharunya tertakluk kepada pematuhan syarat seperti di bawah: (i) telah disahkan dalam perkhidmatan di skim perkhidmatan atau perkhidmatan terdahulu; (ii) belum disahkan perkhidmatan tetapi telah hadir dengan jayanya PTM atau kursus setara atau kursus induksi atau lulus Peperiksaan Am Kerajaan dalam skim perkhidmatan atau perkhidmatan terdahulu; atau (iii) skim perkhidmatannya tidak mensyaratkan PTM sebagai syarat sah dalam perkhidmatan. 15. Pengecualian ini boleh dilaksanakan oleh Pengurus Sumber Manusia (PSM) di jabatan masing-masing tanpa perlu merujuk kepada JPA. 16. Bagi maksud perenggan 14(i) dan 14(ii) di atas, maklumat pengecualian tersebut hendaklah direkodkan mengikut mana-mana situasi yang berkenaan, dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai untuk memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dibuat dengan teratur, seperti di bawah:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy