Pelantikan

 136 UP.1.3.10 kecuali bagi skim perkhidmatan yang mengehendaki calon/ pegawai menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu; (e) sekiranya calon tidak dapat mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan pada tarikh melapor diri bertugas yang diarahkan, Ketua Jabatan tidak boleh menerima pegawai melapor diri bertugas. Sebaliknya, calon perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengemukakan laporan tersebut semasa melapor diri bertugas dalam tempoh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya; (f) sekiranya Suruhanjaya mengehendaki pegawai sedang berkhidmat menjalani semula pemeriksaan kesihatan apabila dilantik di jawatan baharu dan laporan pemeriksaan kesihatan tidak dapat dikemukakan pada tarikh melapor diri yang diarahkan, pegawai hendaklah memohon penangguhan melapor diri kepada Ketua Jabatan baharu. Sekiranya pegawai diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar mengalami masalah kesihatan, pegawai hendaklah merujuk kepada Suruhanjaya yang menawarkan jawatan baharu itu untuk mendapatkan nasihat mengenai pelantikannya; (g) Suruhanjaya boleh membatalkan tawaran pelantikan jika calon/ pegawai diperakui mengalami masalah kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar; dan (h) kos pemeriksaan kesihatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh calon/ pegawai melainkan pemeriksaan yang dibuat di hospital/ klinik Kerajaan. 7. Walaupun seseorang pegawai sedang berkhidmat telah mematuhi syarat di perenggan 6, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk menjalani semula pemeriksaan kesihatan atau mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar apabila terdapat keperluan untuk mengetahui status kesihatan pegawai supaya dapat dinasihati mengenai perkhidmatannya. Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan 8. Pemeriksaan kesihatan bagi calon/ pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut: (a) calon/ pegawai hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan sebaik sahaja menerima tawaran pelantikan daripada Suruhanjaya dengan menggunakan borang pemeriksaan perubatan seperti di Lampiran UP.1.3.10(A);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy