Pelantikan

 137 UP.1.3.10 (b) calon/ pegawai hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan semasa melapor diri bertugas. Ketua Jabatan tidak boleh menerima calon/ pegawai melapor diri bertugas sekiranya calon/pegawai gagal mengemukakan laporan tersebut semasa melapor diri bertugas; (c) Ketua Jabatan mengemukakan maklumat pelantikan dan laporan pemeriksaan kesihatan serta memaklumkan kepada Suruhanjaya sekiranya calon/ pegawai mengalami masalah kesihatan; (d) Suruhanjaya meneliti laporan pemeriksaan kesihatan dan memaklumkan keputusan pembatalan tawaran pelantikan kepada calon/ pegawai melalui Ketua Jabatan sekiranya calon/ pegawai mengalami masalah kesihatan dan tidak sesuai untuk berkhidmat; dan (e) Ketua Jabatan membuat bayaran emolumen bagi apa-apa tempoh calon/ pegawai berkhidmat. 9. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat yang dikehendaki untuk menjalani semula pemeriksaan kesihatan atau mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar kepada Ketua Jabatan, pegawai hendaklah menggunakan borang pemeriksaan perubatan seperti di Lampiran UP.1.3.10(B). PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013: Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam serta Ruangan 2, Bilangan 1, Jadual B, Ceraian UP.1.3.8 adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy