Pelantikan

 135 UP.1.3.10 “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Kementerian/ Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, daerah atau di luar negara, atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “pegawai” bermaksud pegawai sedang berkhidmat yang dilantik ke jawatan baharu oleh Suruhanjaya; “pengamal perubatan berdaftar” bermaksud pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] sama ada pegawai perubatan Kerajaan atau swasta; “perkhidmatan awam” bermaksud perkhidmatan awam Persekutuan iaitu perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; dan “Suruhanjaya” bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau mana-mana pihak yang diwakilkan kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan mana-mana perkhidmatan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya berkenaan. Dasar Pemeriksaan Kesihatan 6. Dasar pemeriksaan kesihatan adalah seperti berikut: (a) calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat untuk berkhidmat; (b) pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu; (c) bagi maksud subperenggan 6(a) dan 6(b), pemeriksaan kesihatan hendaklah dilaksanakan oleh pengamal perubatan berdaftar; (d) pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat selepas calon/ pegawai menerima surat tawaran pelantikan dan laporan pemeriksaan kesihatan perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan pada tarikh melapor diri bertugas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy