Pelantikan

 134 CERAIAN UP.1.3.10 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberi panduan mengenai pelaksanaan pemeriksaan kesihatan bagi maksud pelantikan ke dalam perkhidmatan awam supaya pelaksanaannya lebih teratur. LATAR BELAKANG 2. Peraturan mengenai pemeriksaan kesihatan kepada calon yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam dijelaskan dalam peraturan 20(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012. Berdasarkan peraturan tersebut, setiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah disyaratkan untuk diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 3. Pada masa ini, pelaksanaan urusan pemeriksaan kesihatan adalah berdasarkan borang pemeriksaan perubatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Am 402-Pin.4/87) berdasarkan ketetapan dalam Ruangan 2, Bilangan 1, Jadual B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 - Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia. 4. Bagi memastikan pemeriksaan kesihatan calon yang dilantik dibuat dengan teratur, terdapat keperluan untuk menjelaskan dasar dan tatacara pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan borang baharu pemeriksaan perubatan. PELAKSANAAN Definisi 5. Bagi tujuan Ceraian ini: “calon” bermaksud seseorang yang telah ditawarkan pelantikan secara tetap, sementara atau kontrak oleh Suruhanjaya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy