Pelantikan

 1-97 kemudahan perubatan di luar negara, kosnya juga akan dibiayai oleh agensi peminjam. 9. Kenaikan Pangkat : Dalam tempoh peminjaman ini tuan layak dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan hakiki mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan hakiki tuan. 10. Pematuhan Peraturan : Dalam tempoh peminjaman ini tuan akan sentiasa tertakluk kepada undang-undang, peraturan perkhidmatan awam, peraturan kewangan, pekeliling dan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan agensi peminjam dari semasa ke semasa. 11. Tatatertib Tuan tertakluk kepada peraturan tatatertib yang berkuat kuasa di perkhidmatan hakiki tuan. 12. Hak Pencen : Jika tuan telah diberi taraf pekerja berpencen, hak pencen tuan adalah terjamin. Agensi peminjam akan mencarum kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) tiaptiap bulan pada kadar 17½% daripada gaji bulanan di jawatan hakiki tuan. Sekiranya tuan belum diberi taraf pekerja berpencen, tuan dan agensi peminjam hendaklah terus mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kadar yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. 13. Bayaran Balik Pinjaman : Tuan bertanggungjawab memastikan segala potongan pinjaman (jika ada) diteruskan seperti biasa. 14. Bayaran Sagu Hati Sebab Kemalangan : Jika tuan mendapat kecederaan akibat dari menjalankan tugas dalam tempoh peminjaman, agensi peminjam dikehendaki membayar balik atau menggantirugikan kepada Kerajaan apaapa wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada tuan berkaitan dengan kecederaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy