Pelantikan

 1-96 Lampiran R CONTOH SYARAT PEMINJAMAN KEPADA AGENSI SWASTA DAN ANTARABANGSA 1. Jawatan : ................................................................ 2. Tempoh : Tempoh peminjaman tuan ditetapkan selama ………… tahun mulai daripada tarikh tuan melaporkan diri bertugas. 3. Gaji : Dalam tempoh peminjaman ini, tuan akan dibayar gaji sebanyak RM……….. sebulan. Pergerakan Gaji Tahunan (jika ada) akan ditentukan oleh agensi peminjam dan secara pakejnya hendaklah tidak kurang baik daripada jawatan hakiki. Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan hakiki tuan akan diselaraskan secara isyarat. 4. Tarikh Pergerakan Gaji : Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan tuan akan ditentukan oleh agensi peminjam. 5. Elaun Dan Imbuhan Tetap : Tuan layak menerima elaun dan imbuhan berdasarkan kelayakan jawatan pinjaman. 6. Kemudahan Cuti : Mengikut kelayakan jawatan pinjaman, baki cuti rehat jawatan hakiki tidak boleh dibawa ke jawatan pinjaman dan sebaliknya. 7. Kemudahan Kediaman : Sekiranya tuan menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh Kerajaan, tuan dikenakan sewa mengikut kadar yang ditetapkan bagi kelas rumah yang tuan duduki itu. 8. Kemudahan Perubatan : Tuan layak menerima faedah perubatan mengikut kelayakan tuan dalam peraturan perkhidmatan awam dan pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dengan kosnya ditanggung oleh agensi peminjam. Sekiranya tuan dibenarkan mendapat kemudahan perubatan bukan kerajaan atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy