Pelantikan

 1-98 yang tuan alami itu, dibuat di bawah undang-undang pencen atau Pekeliling Perbendaharaan, mana yang berkenaan, yang terpakai ke atas tuan. Jika kadar sagu hati yang ditetapkan oleh agensi peminjam lebih baik daripada kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan, tuan akan dibayar kadar yang ditetapkan oleh agensi peminjam. 15. Bayaran Sagu Hati Sebab Kematian : Jika sekiranya tuan meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami seperti yang tersebut di perenggan 14 di atas, agensi peminjam dikehendaki membayar balik atau menggantirugikan kepada Kerajaan apa-apa wang yang dibayar oleh Kerajaan, dibuat di bawah undang-undang pencen atau Pekeliling Perbendaharaan, mana yang berkenaan, yang terpakai ke atas tuan. Jika kadar sagu hati yang ditetapkan oleh agensi peminjam lebih baik daripada kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan, tuan akan dibayar kadar yang ditetapkan oleh agensi peminjam. 16. Skim Persaraan : Tuan tidak dibenarkan memasuki skim persaraan yang disediakan oleh agensi peminjam. 17. Pemendekan / Penamatan Peminjaman : Agensi peminjam, agensi pembekal atau tuan boleh memohon untuk menamatkan atau memendekkan tempoh peminjaman ini pada bila-bila masa dengan memberi notis 30 hari. 18. Kembali Ke Jawatan Hakiki : Apabila tamat tempoh peminjaman ini, tuan akan kembali berkhidmat dengan perkhidmatan hakiki dan menerima gaji, elaun dan kemudahan yang layak tuan terima seolah-olah tuan tidak pernah dipinjamkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy