Pelantikan

 51 UP.1.1.12 Pegawai Lantikan Secara Kontrak Yang Sedang Berkhidmat 8. Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanya Ceraian ini, pegawai yang berkaitan layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada pematuhan terhadap semua syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Ceraian ini. Pegawai layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah Ceraian ini tanpa perlu menambah peruntukan baru mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani. Tanggungjawab Ketua Jabatan 9. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak adalah teratur seperti berikut: 9.1 pemberian wang tunai di bawah Ceraian ini hendaklah direkodkan menggunakan format seperti di Lampiran UP.1.1.12(B) dan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan; 9.2 rekod pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa; dan 9.3 bagi pegawai lantikan baru secara kontrak, Ketua Jabatan hendaklah menyemak dan memastikan sama ada pegawai pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) sebelum tarikh kuat kuasa pelantikan tersebut. Sekiranya pegawai pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan sebelum tarikh kuat kuasa pelantikan tersebut, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan rekod sama ada berdasarkan salinan Buku Perkhidmatan dan/ atau akuan pegawai berkenaan berkaitan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan yang pernah diterimanya. Akuan pegawai hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran UP.1.1.12(C).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy