Pelantikan

 52 UP.1.1.12 PINDAAN 10. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, peraturan berkaitan Cuti Rehat yang tidak diambil akan luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 54.1 dan perenggan 5 dalam Lampiran G dalam Lampiran UP.1.1.1 adalah dipinda. Pegawai adalah layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah Ceraian ini bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya mengikut bilangan hari yang dibenarkan. Cuti Rehat yang melebihi daripada had tersebut adalah luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat. PEMBATALAN 11. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008: Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy