Pelantikan

 50 UP.1.1.12 6.4 penamatan perkhidmatan atas permohonan atau pilihan pegawai sendiri. Peraturan 7. Pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut: 7.1 maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (¼) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya bilangan hari tersebut melibatkan angka perpuluhan, pengiraan hendaklah dibundarkan kepada angka bulat terhampir; 7.2 maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai bagi sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah sebanyak 75 hari. Tempoh perkhidmatan tersebut boleh terdiri daripada tempoh kontrak-kontrak yang berterusan atau yang terputus-putus; 7.3 pengiraan pemberian wang tunai adalah berdasarkan formula berikut: 1/30 x Jumlah Gaji Dan Imbuhan Tetap Bulanan (Yang Akhir Diterima Bagi Kontrak Berkaitan) x Bilangan Cuti Rehat Yang Dibenarkan Untuk Tujuan Pemberian Wang Tunai 7.4 pemberian wang tunai adalah diberi selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak; dan 7.5 pemberian wang tunai adalah diluluskan dan dibayar oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai berkhidmat secara kontrak. (Dipinda oleh Ceraian UP.1.1.8)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy