Pelantikan

 21 UP.1.1.4 (i) pelantikan calon baru dan pelantikan semula pegawai bukan warganegara; (ii) pelantikan pesara bagi mengisi jawatan bukan akademik (selain daripada pensyarah); (iii) pelantikan secara kontrak bagi mengisi jawatan tetap di bawah OS11000 atau pelantikan secara kontrak tanpa jawatan di bawah OS29000; dan (iv) pelantikan secara kontrak untuk mengisi gred-gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan yang tiada peruntukan lateral entry. PELAKSANAAN 5. Bagi melaksanakan keputusan Kerajaan ini, PBM IPTA hendaklah mematuhi semua dasar, prinsip dan syarat-syarat pelantikan kontrak yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Antara prinsip pelaksanaan penting yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (i) calon yang dilantik hendaklah memenuhi keperluan IPTA dan pelantikan kontrak dibuat sekiranya tiada calon yang sesuai untuk dilantik secara tetap; (ii) calon yang dilantik hendaklah mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang hendak disandang; (iii) calon yang dilantik hendaklah memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan. Bagi pelantikan ke skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM dan Pegawai Penyelidik, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2007 hendaklah dipatuhi berhubung dengan syarat kelayakan akademik. Bagi calon bukan warganegara, syarat kewarganegaraan dan kelulusan Bahasa Malaysia dikecualikan; (iv) calon yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat pelantikan yang berkuat kuasa seperti berikut: (a) disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy