Pelantikan

 20 CERAIAN UP.1.1.4 PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan penurunan kuasa menimbang pelantikan secara kontrak calon bagi berkhidmat dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). LATAR BELAKANG 2. Sebelum Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 berkuat kuasa pada 31 Januari 2008, kuasa menimbang pelantikan secara kontrak warganegara (bukan pesara), pesara dan bukan warganegara adalah terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengikut kategori calon, kumpulan perkhidmatan dan gred. 3. IPTA juga tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2002 yang menetapkan pelantikan secara kontrak bagi mengisi jawatan tetap di bawah Objek Sebagai (OS) 11000 atau tanpa jawatan di bawah OS29000 perlu mendapat pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum diperakukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi pelantikan secara kontrak untuk mengisi gred kenaikan pangkat skim-skim perkhidmatan yang tiada peruntukan lateral entry, IPTA juga perlu mendapat kelonggaran syarat pelantikan daripada KPPA. Penurunan Kuasa Menimbang Pelantikan Kontrak 4. Selaras dengan matlamat melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan mempertingkatkan sistem penyampaian, Kerajaan telah bersetuju supaya kuasa menimbang pelantikan secara kontrak diturunkan kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM) IPTA bagi:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy