Kemudahan Cuti

32  CERAIAN SR.5.1.7 KEMUDAHAN CUTI REHAT/CUTI REHAT KHAS SELEPAS BERKURSUS LEBIH 12 BULAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas selepas berkursus lebih 12 bulan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Rehat selepas berkursus lebih 12 bulan adalah diperuntukkan dalam Perintah Am 37(b) dan 38 Bab C dan pindaannya melalui perenggan 7, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti yang berikut: a. Melibatkan pegawai yang menamatkan kursus/pengajian yang melebihi 12 bulan; b. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti kursus lebih 12 bulan akan dianggap telah menghabiskan semua Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas; c. Mempunyai baki Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas sebelum pergi berkursus; d. Tertakluk kepada bilangan baki Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas sebelum pergi berkursus terhad kepada maksimum tujuh (7) hari (tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am); dan e. Boleh diambil dalam tempoh yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, perenggan 7, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy