Kemudahan Cuti

31  CERAIAN SR.5.1.6 KEMUDAHAN MEMBAWA KE HADAPAN CUTI YANG TIDAK DAPAT DIAMBIL BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan dalam Perintah Am 11 Bab C dan pindaannya melalui perenggan 2, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil. PELAKSANAAN 3. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang tidak dapat mengambil cuti rehatnya kerana kepentingan perkhidmatan dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, perenggan 2, Lampiran D7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy