Kemudahan Cuti

18  SR.5.1.4 Prasyarat Permohonan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan 6. Pegawai yang ingin mengikut pasangan mereka bertugas atau berkursus sama ada di dalam atau di luar negara boleh dipertimbangkan CTG mengikut pasangan tertakluk pasangannya memenuhi syarat berikut: a. pegawai agensi awam yang telah diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Ketua Jabatannya; atau b. pekerja agensi swasta atau agensi antarabangsa yang dilantik/diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh agensi swasta atau agensi antarabangsa. c. jika pasangan pegawai bukan terdiri daripada mana-mana pegawai di perenggan (a) atau (b), mereka hendaklah: (i) telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana institusi di dalam negara atau di luar negara yang menawarkan pembiayaan untuk berkursus; atau (ii) telah disahkan menerima tawaran dan seterusnya melaporkan diri untuk mengikuti kursus oleh institusi pengajian bagi mereka yang berkursus atas perbelanjaan sendiri; dan d. mana-mana pegawai yang tidak termasuk dalam perenggan (a), (b) atau (c) yang memerlukan pegawai berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutama yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu iaitu Anggota Pentadbiran seperti Menteri dan Timbalan Menteri. Prosedur Permohonan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan 7. Permohonan CTG mengikut pasangan perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melulus sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh mula CTG berkenaan. Manakala, permohonan pelanjutan perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melulus sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh CTG mengikut pasangan yang sedang berkuat kuasa. Contoh format borang permohonan CTG mengikut pasangan adalah seperti di Lampiran SR.5.1.4.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy