Kemudahan Cuti

19  SR.5.1.4 Pihak Berkuasa Melulus 8. Pihak Berkuasa Melulus bagi meluluskan permohonan CTG mengikut pasangan adalah Ketua Jabatan dan kelulusan tersebut perlu dimaklumkan kepada Ketua Perkhidmatan. Tempoh CTG yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh pasangan bertugas/berkursus. 9. Pegawai hanya boleh CTG mengikut pasangan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Melulus dan tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai didapati gagal mematuhinya. Pengisian Jawatan 10. Ketua Jabatan dalam menimbangkan permohonan CTG mengikut pasangan hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya setelah mengambil kira keperluan perkhidmatan supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas khususnya dalam perkhidmatan kritikal. Jawatan yang dikosongkan boleh diisi bagi tempoh sementara sama ada melalui pelantikan secara kontrak (Contract Of Service) atau pemangkuan. Tugas jawatan yang kosong tersebut juga boleh dilaksanakan secara penanggungan kerja atau kaedah lain yang bersesuaian. Penamatan Cuti Tanpa Gaji 11. Ketua Jabatan boleh pada bila-bila masa menamatkan tempoh CTG serta mengarahkan pegawai untuk kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang sedang CTG mengikut pasangan. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai sekiranya pegawai didapati gagal mematuhi arahan untuk melaporkan diri bertugas. Pegawai Dalam Tempoh Percubaan 12. Tempoh percubaan bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan akan dibekukan sepanjang tempoh CTG mengikut pasangan yang diluluskan dan baki tempoh percubaan akan disambung apabila pegawai kembali bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus Program Transformasi Minda (PTM) atau menduduki peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan dengan perbelanjaan ditanggung oleh pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy