Kemudahan Cuti

17  SR.5.1.4 “Pegawai” bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan secara tetap; “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya dan sesuatu jabatan itu termasuklah: (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan. “Ketua Perkhidmatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan; dan “Pasangan” bermaksud isteri bagi pegawai lelaki atau suami bagi pegawai perempuan, yang sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia. PELAKSANAAN Pegawai Yang Layak 3. Kemudahan CTG mengikut pasangan layak dipertimbangkan kepada pegawai bertaraf tetap termasuk pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan. Tempoh 4. Tempoh CTG bagi pegawai yang pasangannya pegawai agensi awam atau bukan pegawai agensi awam adalah mengikut tempoh pasangan bertugas/berkursus dan pegawai tidak tertakluk kepada syarat kembali bertugas selama satu (1) tahun untuk permohonan CTG berikutnya. Pegawai Yang Tidak Layak 5. Pegawai lantikan sementara atau kontrak tidak layak dipertimbangkan kemudahan CTG mengikut pasangan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy