163 Kesan Cuti Kecederaan 13. Tempoh Cuti Kecederaan bergaji penuh adalah tempoh perkhidmatan yang melayakkan. 14. Kesan-kesan lain Cuti Kecederaan ke atas perkhidmatan hendaklah dirujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 atau lain-lain peraturan sedia ada yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. KELULUSAN 15. Semua permohonan Cuti Kecederaan hendaklah di hantar ke Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Kementerian masing-masing. 16. Permohonan Cuti Kecederaan daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi akan diangkat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan dan kelulusan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy