162 10. Tempoh Cuti Kecederaan bergaji penuh adalah tempoh perkhidmatan yang melayakkan. 11. Kelayakan Cuti Sakit dan Cuti Kecederaan hendaklah berdasarkan tempoh dan peringkat melulus seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1: Kelayakan Cuti Sakit dan Cuti Kecederaan Jenis Cuti Tempoh Peringkat Melulus Cuti Sakit Bergaji Penuh 90 hari Ketua Jabatan Cuti Sakit Bergaji Penuh 90 hari Ketua Setiausaha Kementerian/ Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian/ Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Pengurusan Kementerian/ Ketua Pengarah Cuti Kecederaan sebagai Cuti Sakit tambahan bergaji penuh Bermula selepas Cuti Sakit Bergaji Penuh habis digunakan hingga ke satu tarikh pegawai akan pulih atau ke tarikh pegawai akan dibersarakan daripada perkhidmatan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Perkara Yang Perlu Dikemukakan Bagi Permohonan Cuti Kecederaan 12. Ketua Jabatan hendaklah memastikan dokumen-dokumen bagi permohonan Cuti Kecederaan seperti di Lampiran SR.5.4.10(B) adalah lengkap sebelum dikemukakan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy