Kemudahan Cuti

161  (iv) kemalangan yang berlaku semasa waktu rehat atau waktu rehat yang dibenarkan dalam keadaan pegawai telah diarahkan untuk bertugas dalam tempoh tersebut. Tempoh Cuti Kecederaan 5. Tempoh Cuti Kecederaan bermula setelah pegawai menghabiskan kelayakan Cuti Sakit bergaji penuh selama 180 hari setahun sepertimana diperuntukkan oleh Ceraian SR.5.4.9 (Kemudahan Cuti Sakit bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan). 6. Selepas tamat tempoh Cuti Sakit bergaji penuh selama 180 hari dan sekiranya pegawai masih memerlukan tempoh untuk pulih daripada kecederaannya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), setelah menimbangkan kenyataan pemeriksaan sebuah Lembaga Perubatan yang membuat perakuan-perakuan bahawa keuzuran yang sedang ditanggungnya itu adalah hasil daripada kecederaan yang menimpanya semasa bertugas itu, boleh mengikut peraturan Lembaga Perubatan yang berikut: (i) sekiranya Lembaga Perubatan memperakukan pegawai boleh pulih semula untuk melaksanakan tugas jawatannya, Cuti Kecederaan boleh diberikan ke tarikh sehingga pegawai pulih untuk melaksanakan tugas jawatannya; atau (ii) sekiranya pegawai tidak pulih semula untuk melaksanakan tugas jawatannya, Cuti Kecederaan boleh diberikan sehingga tarikh bermulanya Cuti Perubatan Khas. 7. Tempoh Cuti Kecederaan ini adalah berdasarkan tempoh yang dinyatakan dalam sijil sakit yang dikemukakan disebabkan kecederaannya (termasuk tempoh rehabilitasi). 8. Tempoh Cuti Kecederaan tidak terhad kepada satu-satu tahun dan boleh melangkaui tahun berikutnya. Ketua Jabatan hendaklah menubuhkan Lembaga Perubatan bagi memeriksa keadaan pegawai yang terkini jika ia melibatkan kelulusan Cuti Kecederaan yang seterusnya. 9. Dalam keadaan pegawai hadir bertugas atau mengambil Cuti Rehat, tempoh Cuti Kecederaan yang akan diperakukan hendaklah tidak termasuk (exclude) hari-hari pegawai telah hadir bertugas atau diluluskan Cuti Rehat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy