157 (a) kemalangan semasa menjalankan tugas jawatan atau tugas rasmi yang diarahkan di dalam atau di luar pejabat; atau (b) kemalangan semasa perjalanan lazim pergi atau balik dari tempat bertugas; atau (c) kemalangan yang berlaku dalam tempoh pegawai keluar pejabat dengan syarat yang berikut: i. keluar pejabat dengan mendapat kebenaran dan akan kembali bertugas; dan ii. tempoh keluar pejabat adalah atas tujuan yang tidak melibatkan sebarang aktiviti yang mendatangkan keuntungan sama ada dalam bentuk pulangan tunai atau faedah bukan kewangan (benefits in kind); atau (d) kemalangan yang berlaku semasa waktu rehat atau waktu rehat yang dibenarkan dalam keadaan pegawai telah diarahkan untuk bertugas dalam tempoh tersebut. (iii) pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas boleh diberi Cuti Sakit. Sekiranya Cuti Sakit telah habis digunakan, pegawai boleh diberikan Cuti Kecederaan sebagai cuti tambahan yang bergaji penuh sehingga ke suatu masa yang pegawai akan pulih untuk menjalankan tugasnya, atau sekiranya pegawai tidak pulih, ke tarikh yang pegawai akan dibersarakan dari perkhidmatannya. (iv) Cuti Kecederaan hanya akan dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan perakuan Lembaga Perubatan yang memperakukan keuzuran yang sedang ditanggung oleh pegawai adalah hasil daripada kecederaan yang menimpanya semasa bertugas. TATACARA PELAKSANAAN 5. Bagi memastikan proses permohonan Cuti Kecederaan dilaksanakan dengan teratur, garis panduan berkaitan pelaksanaan Cuti Kecederaan adalah seperti di Lampiran SR.5.4.10 (A).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy