158 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. Ketua Jabatan hendaklah memastikan permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan dalam Lampiran SR.5.4.10(B) adalah lengkap sebelum dikemukakan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Kecederaan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy