156 CERAIAN SR.5.4.10 KEMUDAHAN CUTI KECEDERAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberi penjelasan mengenai peraturan berkaitan kemudahan Cuti Kecederaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang tercedera semasa menjalankan tugasnya. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Kecederaan diperuntukkan di bawah Perintah Am 27 dan 28 Bab C (Cuti) Tahun 1974 sebagai Cuti Sakit tambahan bergaji penuh kepada pegawai yang tercedera semasa bertugas. Kemudahan ini diluluskan oleh Kuasa Tertentu berdasarkan perakuan Lembaga Perubatan setelah kelayakan Cuti Sakit bergaji penuh sebanyak 180 hari habis digunakan. TAFSIRAN 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “pegawai” bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan lantikan kontrak interim (LKI). “pulih” bermaksud pegawai telah pulih semula dan boleh melaksanakan tugas jawatan. PELAKSANAAN 4. Pelaksanaan kemudahan Cuti Kecederaan adalah seperti berikut: (i) kemudahan ini diberikan kepada pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas yang menyebabkan pegawai tidak dapat hadir bertugas dan perlu tempoh untuk pulih; (ii) kecederaan semasa menjalankan tugas bagi maksud Ceraian ini adalah disebabkan oleh keadaan-keadaan yang berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy