Kemudahan Cuti

 104 Kelayakan 4. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai perkhidmatan awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan dilaksanakan seperti berikut: (i) kemudahan ini diberikan maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; (ii) sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2); (iii) permohonan Cuti Tanpa Rekod hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan; (iv) kelulusan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan atas kepentingan perkhidmatan; dan (v) penggunaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan. 5. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service). PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy