Kemudahan Cuti

 103 CERAIAN SR.5.5.7 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI MELAKSANAKAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai perkhidmatan awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan. LATAR BELAKANG 2. Pada masa kini, tiada kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi aktiviti khidmat masyarakat. Bagi menggalakkan penyertaan pegawai perkhidmatan awam, maka Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan. PELAKSANAAN Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “aktiviti khidmat masyarakat” bermaksud kegiatan atau kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara sukarela yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara; “pertubuhan yang diluluskan” bermaksud pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau pertubuhan yang mempunyai akta penubuhan sendiri/ undang-undang khusus yang lain atau yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 atau Akta Syarikat 2016 atau undangundang khusus lain yang berkuat kuasa di dalam negara; dan “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan atau agensi dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan Cuti Rehat bagi kementerian, jabatan atau agensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy