Kemudahan Cuti

 105 CERAIAN SR.5.6.1 KEMUDAHAN CUTI GANTIAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Gantian bagi pegawai Perkhidmatan Awam LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Gantian adalah diperuntukkan dalam Perintah Am 40 Bab C (Cuti), Perintah Am 11 Bab G (Waktu Bekerja dan Lebih Masa) dan melalui Perenggan 5.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1980: Elaun Lebih Masa Bagi Kakitangan Dalam Kumpulan Perusahaan dan Buruh Kasar. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti yang berikut: a. Cuti Gantian diberikan kepada pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am tetapi tidak berkelayakan mendapat bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas lain; b. Cuti Gantian yang boleh diluluskan adalah sama banyak dengan masa dipanggil bertugas lebih masa iaitu 9 jam kerja lebih masa boleh diberi satu (1) hari Cuti Gantian; c. Cuti Gantian boleh digunakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kelulusan Ketua Jabatan dan tidak tertakluk kepada tahun semasa; dan d. Cuti Gantian hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Perenggan 5.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1980: Elaun Lebih Masa Bagi Kakitangan Dalam Kumpulan Perusahaan dan Buruh Kasar adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy