Kemudahan Cuti

90  SR.5.5.1 ‘atlet’ bermaksud pegawai yang dipilih oleh badan sukan untuk bertanding dalam pertandingan sukan; ‘badan sukan’ bermaksud badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]; ‘jurulatih’ bermaksud pegawai yang dilantik oleh badan sukan untuk melatih dan menyediakan pasukan bagi latihan atau pertandingan sukan; ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (Contract Of Service); ‘pegawai sukan’ bermaksud pegawai yang dilantik oleh badan sukan untuk mengurus, menyedia, mengelola dan membantu pengurusan jawatankuasa penganjur/pengelola atau pasukan/kontinjen termasuk penyediaan atlet bagi menyertai latihan atau pertandingan sukan; ‘pegawai teknikal sukan’ bermaksud pegawai yang dilantik oleh badan sukan untuk menguat kuasa dan melaksana peraturan pertandingan dalam kejohanan/pertandingan sukan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh badan penganjur/pengelola sukan; ‘pertandingan sukan’ bermaksud sukan yang dipertandingkan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa; ‘sukan’ bermaksud sukan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]; dan ‘sukarelawan sukan’ bermaksud pegawai yang dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), penganjur/pengelola atau badan sukan untuk membantu pelaksanaan pertandingan sukan. 6. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] untuk terlibat dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy