Kemudahan Cuti

91  SR.5.5.1 7. Pegawai yang layak adalah seperti berikut: (i) Atlet; (ii) Jurulatih; (iii) Pegawai Sukan seperti di Lampiran SR.5.5.1(A); dan (iv) Pegawai Teknikal seperti di Lampiran SR.5.5.1(B). 8. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod juga diberikan kepada pegawai yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penganjur/Pengelola Sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas pertandingan sukan. Pegawai boleh dibenarkan meninggalkan pejabat atau tugasnya dalam waktu pejabat jika dikehendaki berbuat demikian bagi sebahagian hari bekerja biasa tetapi bukan bagi sepenuh hari bekerja biasa. 9. Cuti Tanpa Rekod diberikan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari setahun. Sekiranya cuti diperlukan melebihi 30 hari permohonan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Ketua Setiausaha. Tempoh 30 hari setahun adalah termasuk latihan intensif dan perjalanan pergi dan balik yang perlu dibuat bagi pertandingan sukan. 10. Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang dilantik sebagai Sukarelawan Sukan adalah mengikut tarikh jadual bertugas yang ditetapkan oleh penganjur/pengelola dan tidak melebihi 30 hari setahun. 11. Pegawai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tidak lebih daripada tiga (3) jenis sukan sahaja dalam setahun bagi membolehkan lebih ramai lagi pegawai-pegawai Kerajaan mendapat peluang menyertai pertandingan sukan tersebut. 12. Pemberian Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai yang terlibat dalam pertandingan sukan adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan demi kepentingan perkhidmatan awam. 13. Penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 5 April 2023.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy