Kemudahan Cuti

89  CERAIAN SR.5.5.1 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG TERLIBAT DALAM PERTANDINGAN SUKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN/ATAU ANTARABANGSA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menambah baik peraturan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam sukan-sukan perwakilan telah diperuntukkan melalui Perintah Am 46 Bab C (Cuti) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 1980: Cuti Tidak Berekod Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Di Pilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Sukan-Sukan Perwakilan. 3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 (SPP Bilangan 5 Tahun 1985) mengenai Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian telah menurunkan kuasa melulus bagi Cuti Tanpa Rekod ini yang melebihi 30 hari daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua Setiausaha di bawah Perkara 8, Lampiran A SPP berkenaan. 4. Sesuai dengan perubahan semasa dan kepentingan pembangunan sukan, Kerajaan bersetuju menambah baik dasar Cuti Tanpa Rekod bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa. PELAKSANAAN Tafsiran 5. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘ahli jawatankuasa penganjur/pengelola’ bermaksud pegawai yang menjadi ahli jawatankuasa induk yang ditubuhkan bagi mengurus, melaksana dan mengawal penganjuran/pengelolaan sukan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy