Kemudahan Cuti

86  SR.5.4.8 e. Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika pegawai masih belum sembuh, pegawai boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk: a. menubuhkan Lembaga Perubatan dengan mengemukakan permohonan bagi penubuhan Lembaga Perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri bagi mendapatkan perakuan perubatan pegawai sebelum kelulusan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji untuk tempoh 90 hari dan Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji tidak melebihi 90 hari diberikan kepada pegawai; dan b. merekodkan kelulusan Cuti Sakit Lanjutan pegawai dalam rekod perkhidmatan Kerajaan. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Perenggan 5 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Sakit Lanjutan dan Perkara 3, Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy