Kemudahan Cuti

87  CERAIAN SR.5.4.9 KEMUDAHAN CUTI SAKIT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Sakit untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 17 Bab C (Cuti) dan Perkara 4, Lampiran A Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit adalah seperti yang berikut: a. Diberikan kepada pegawai yang telah disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor; b. Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuktikan dengan sijil sakit; c. Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan/Ketua Setiausaha bagi membolehkan cuti sakit diluluskan; d. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha; e. Termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; f. Semua Cuti Sakit dihabiskan di hospital atau di rumah melainkan jikalau ditetapkan oleh seorang pegawai perubatan sebaliknya; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy