Kemudahan Cuti

85  CERAIAN SR.5.4.8 KEMUDAHAN CUTI SAKIT LANJUTAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 22 Bab C (Cuti), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 dan Perkara 3, Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan adalah seperti yang berikut: a. Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, pegawai yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan; b. Sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji tersebut sementara menunggu Laporan Lembaga Perubatan. Pegawai hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga Perubatan berkenaan; c. Jika selepas menghabiskan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji pegawai masih tidak sihat, dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, pegawai masih boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji; d. Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan diberi dalam satu tahun kalendar; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy