Kemudahan Cuti

84  SR.5.4.7 (f) Apabila semua cuti di (b) hingga (e) habis digunakan, tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu berdasarkan Laporan Lembaga Perubatan iaitu sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah pegawai dalam rekod perkhidmatan Kerajaan. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Perenggan 10 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan Perkara 5, Lampiran A Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy