Kemudahan Cuti

83  CERAIAN SR.5.4.7 KEMUDAHAN CUTI SAKIT TIBI, KUSTA DAN BARAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah bergaji penuh bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 31 (a) dan (b) Bab C (Cuti), Perkara 5, Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah adalah seperti yang berikut: (a) Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang telah disahkan mengidap penyakit Tibi, Kusta dan Barah; (b) Cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 24 bulan bagi pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain; (c) Kemudahan di (b) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan; (d) Setelah menghabiskan cuti di (b) dan (c) pegawai boleh mengambil kemudahan cuti rehat yang masih berkelayakan; (e) Cuti Separuh Gaji tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (b) hingga (d). Cuti ini hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha berdasarkan perwakilan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 atau pindaannya; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy