Kemudahan Cuti

 82 SR.5.4.6 (d) bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik/hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan negara berkenaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Sakit dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA(S)223/8/3 Klt.15(9) bertarikh 21 Oktober 2010: Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy