Kemudahan Cuti

 81 CERAIAN SR.5.4.6 PENERIMAAN SIJIL SAKIT YANG DIKELUARKAN OLEH HOSPITAL/KLINIK DI SINGAPURA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik di Singapura untuk tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik di Singapura telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA(S)223/8/3 Klt.15(9) bertarikh 21 Oktober 2010: Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/Klinik Di Singapura. PELAKSANAAN 3. Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (a) pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun; (b) bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan negara berkenaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelaskan di dalam SR.5.4.5; (c) bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan negara berkenaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy