Kemudahan Cuti

65  CERAIAN SR.5.3.8 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod Tahun Baru Siam (Songkran). LATAR BELAKANG 2. Tahun Baru Siam (Songkran) adalah salah satu daripada perayaan yang disambut oleh masyarakat Siam. Kelayakan cuti tanpa rekod Tahun Baru Siam (Songkran) telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.9 (18) bertarikh 25 April 2019: Cuti Tanpa Rekod Sempena Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam. PELAKSANAAN 3. Pegawai Perkhidmatan Awam yang berketurunan Siam diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena Tahun Baru Siam (Songkran) pada 13 April setiap tahun mulai tahun 2020 bagi memberi ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.9 (18) bertarikh 25 April 2019: Cuti Tanpa Rekod Sempena Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy