Nilai Taraf

 21 SP.2.1.4 Penyesuaian Gaji Pegawai Sedang Berkhidmat 5. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kumpulan Gaji “C” yang memiliki kelayakan Sijil Kejuruteraan seperti di atas yang masih menerima gaji lebih rendah daripada $570 sebulan dan dilantik sebelum daripada tarikh 1 Februari, 1983 hendaklah diselaraskan gaji mereka kepada matagaji $570. Tarikh kenaikan gaji pegawai-pegawai sedang berkhidmat yang dilantik sebelum daripada 1 Februari, 1983 adalah dipinda seperti di Lampiran SP.2.1.4. 6. Pegawai-pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Februari, 1983, gaji masuk mereka hendaklah juga diselaraskan ke mata gaji $570 sebulan dan tarikh kenaikan gaji mereka adalah mengikut Perintah Am 45 Bab A. 7. Penyesuaian gaji pegawai-pegawai yang dimaksudkan di perenggan 6 dan 7 di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) Pegawai-pegawai dalam percubaan boleh terus menerima kenaikan gaji dalam baki tempoh percubaan mereka. Oleh kerana pengubahsuaian gaji ini menempatkan mereka terkeatas daripada Sekatan Percubaan/Sekatan Peperik- saan Pertama, maka Sekatan itu hendaklah dianggap seolah-olah telah diubah kehadapan. Kenaikan gaji seterusnya adalah tertakluk kepada syarat-syarat bahawa pegawai-pegawai itu telah disahkan dalam jawatan mereka setelah memenuhi semua syarat-syarat yang dikenakan menurut Skim Perkhidmatan yang berkenaan; (ii) Sekiranya Sekatan Percubaan/Sekatan Peperiksaan Pertama yang telah dianggap telah diubah kehadapan itu melangkah Sekatan Peperiksaan Kedua atau Sekatan Kecekapan maka prinsip mengenai kenaikan gaji seterusnya setelah disahkan dalam jawatan serta cara melangkah Sekatan Peperiksaan Kedua/Sekatan Kecekapan adalah sebagaimana dalam (iii) dan (iv) mengikut mana yang berkenaan; (iii) Bagi pegawai-pegawai dalam percubaan yang tanggagaji mereka meınpunyai Sekatan Percubaan/Sekatan Kecekapan sahaja, mereka boleh menerima kenaikan gaji dalam tempoh percubaan seolah-olah Sekatan Percubaan diubah ke hadapan walaupun ia disesuaikan kepada matagaji yang terletak terkeatas daripada Sekatan Kecekapan. Sekatan Kecekapan pula hendaklah dianggap

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy