Nilai Taraf

 22 SP.2.1.4 turut berubah ke hadapan dan bertindih dengan Sekatan Percubaan yang dianggap telah diubah ke hadapan itu. Kenaikan gaji seterusnya adalah tertakluk kepada syarat bahawa mereka telah disahkan dalam jawatan dan juga memenuhi syarat-syarat melangkah Sekatan Kecekapan; (iv) Bagi pegawai-pegawai dalam percubaan yang tanggagaji mereka mempunyai Sekatan Percubaan /Sekatan Peperiksaan Pertama dan juga Sekatan Peperiksaan Kedua (serta Sekatan Kecekapan, di mana berkenaan) mereka bolehlah menerima kenaikan gaji dalam tempoh percubaan sama ada mereka disesuaikan kepada matagaji yang terletak terkebawah atau terkeatas daripada Sekatan Peperiksaan Kedua. Sekatan-sekatan berkenaan hendaklah dianggap seolah-olah diubah ke hadapan. Selepas disahkan dalam jawatan mereka bolehlah diberi 3 tahun lagi untuk lulus dalam Peperiksaan Kedua dan dalam tempoh itu bolehlah menerima kenaikan gaji tahunan. Selepas daripada tempoh itu, peraturanperaturan biasa berkenaan dengan pemberhentian dan penangguhan kenaikan gaji akan dikenakan; (v) Tempoh percubaan yang dimaksudkan di perenggan kecil (i), (iii) dan (iv) di atas tidak termasuk tempoh percubaan yang dilanjutkan dengan berdenda; (vii) Bagi pegawai-pegawai yang telah disahkan dalam jawatan tetapi belum lulus Peperiksaan Kedua apabila gaji mereka yang diubahsuaikan terletak terkeatas ataupun di bawah daripada Sekatan Peperiksaan Kedua, mereka boleh diberi tempoh untuk lulus dalam Peperiksaan Kedua sepanjang baki tempoh yang sepatutnya mereka mesti lulus pada tarikh kuatkuasanya Ceraian ini. Sekatan Peperiksaan Kedua itu adalah dianggap seolah-olah diubah ke hadapan. Selepas daripada tempoh itu peraturan-peraturan biasa berkenaan dengan pemberhentian dan penangguhan kenaikan gaji akan dikenakan; dan (viii) Bagi pegawai-pegawai yang telah disahkan dalam jawatan serta disesuaikan pada matagaji yang terletak terkeatas daripada Sekatan Kecekapan, mereka tidak dibenarkan menerima kenaikan gaji seterusnya sehingga telah memenuhi syaratsyarat bagi melangkah Sekatan Kecekapan. 8. Adalah ditegaskan bahawa dengan penyesuaian gaji mengikut perbekalan dalam Ceraian ini pegawai-pegawai yang terlibat akan terus tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dalam Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat perkhidmatan yang lain yang berkuatkuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy