Nilai Taraf

 20 CERAIAN SP.2.1.4 NILAI TARAF BAGI KELAYAKAN SIJIL KEJURUTERAAN DARI POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH DAN POLITEKNIK KUANTAN TUJUAN 1. Tujuan Ceraian ini ialah untuk mengumumkan nilai taraf bagi kelayakan Sijil Kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pelajaran yang diterima bagi perlantikan mengikut skim-skim perkhidmatan Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah meluluskan penilaian bagi Sijil Kejuruteraan daripada Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Kuantan yang diiktiraf sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan pada l4 Januari, 1983. PELAKSANAAN Penetapan Gaji Masuk dan TarikhKuatkuasa 3. Pada masa ini kelayakan Sijil Kejuruteraan daripada Politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pelajaran hanya diterima bagi perlantikan ke jawatan-jawatan dalam Kumpulan Gaji “C” yang bersesuaian dengan bidang pengajian berkenaan, khususnya jawatan-jawatan yang bercorak teknikal, dengan diberi matagaji masuk yang lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan berkenaan. Dengan nilai taraf baru yang diberikan, perlantikan ke jawatan-jawatan sedemikian dengan kelayakan Sijil Kejuruteraan hendaklah menawarkan matagaji masuk $570 sebulan. Matagaji masuk ini adalah lebih rendah daripada gaji permulaan $585 bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Gaji “B” yang mensyaratkan kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan oleh kerana dalam jawatan Kumpulan Gaji “C” tidak ada matagaji $585 dan juga dari segi tugas dan tanggungjawab jawatan Kumpulan Gaji “C” tidaklah setaraf dengan jawatan dalam Kumpulan Gaji “B”. 4. Penetapan gaji masuk berasaskan nilai taraf baru Sijil Kejuruteraan di atas adalah berkuatkuasa mulai daripada l Februari 1983.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy