Nilai Taraf

 13 SP.2.1.3 Arab Saudi (i) Universiti Omm Al-Qura, Mekah; (ii) Universiti Al-Malek Saud, Riyadh; (iii) Universiti Islam Iman Mohamad bin Saud, Riyadh; (iv) Universiti Al-Malek Feisal,Ehsa; (v) Universiti Al-Malek Abdul Aziz, Jeddah; dan (vi) Universiti Islam Madinah, Madinah. 8. Dalam masa yang sama, kerajaan telah bersetuju menurunkan nilai taraf kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir daripada setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda kepada setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Penurunan nilai taraf ini menyebabkan pemegang-pemegang kelayakan menghadapi masalah untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Lanjutan daripada permasalahan tersebut maka kerajaan telah menjalankan kajian semula dan seterusnya bersetuju mengiktiraf kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat AlAzhar, Mesir setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian berkuatkuasa pada 21 April 2003. Manakala pada 13 April 2006, pengiktirafan yang diberi oleh kerajaan sebelum ini ke atas semua kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Arab Saudi dan Mesir seperti yang dinyatakan di para 7 di atas telah dipanjangkan kepada semua pemegang kelayakan tanpa mengambil kira tarikh kemasukan atau bergraduat. Perubahan Penetapan Gaji Permulaan 9. Dengan berkuatkuasanya nilai taraf baru seperti di perenggan 7 dan 8, semua pemegang kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan (bagi semua peringkat kelulusan) dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi seperti di para 7 di atas dan kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir adalah layak dipertimbangkan untuk lantikan ke skimskim perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan ditawarkan gaji permulaan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian seperti ketetapan dalam skim perkhidmatan berkaitan, walaupun syarat kelayakan minimum adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy