Nilai Taraf

 14 SP.2.1.3 Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat 10. Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam skim-skim perkhidmatan Gred 41, Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik berasaskan kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan yang memperoleh kelulusan di peringkat Maqbul dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi, hendaklah ditetapkan gajinya pada tarikh kuat kuasa mengikut kaedah seperti berikut: (a) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T1 Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan berada di matagaji P1T2 dan ke bawah hendaklah ditetapkan di matagaji P1T3; ii) pegawai Gred41yangdilantik sebelum13April2006dan telah berada di matagaji P1T3 dan ke atas tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April 2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T3. (b) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2 Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan berada di matagaji P1T2 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T3; ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan telah berada di matagaji P1T3 dan ke atas tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April 2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T3. (c) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2 Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T4 Bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13April 2006dan berada di matagaji P1T3 dan ke bawah hendaklah ditetapkan di matagaji P1T4;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy