Nilai Taraf

 12 SP.2.1.3 5. Untuk jawatan-jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional lainnya yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian, siswazah- siswazah dari universiti-universiti di Jordan layak dipertimbangkan untuk lantikan manakala pemegang kelayakan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi adalah perlu memiliki kedua-dua Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1989. PELAKSANAAN Penetapan Semula Nilai Taraf 6. Memandangkan terdapat perbezaan dari segi nilai taraf kelayakan dari universiti- universiti di Jordan dan negara-negara di Mesir dan Arab Saudi, maka pada tahun 2001 kerajaan telah membuat kajian dan bersetuju supaya lawatan penilaian semula kelayakan bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan ke universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi diadakan bagi melihat secara terperinci program-program pengajian yang dijalankan di negara-negara berkenaan. 7. Lanjutan daripada lawatan penilaian tersebut, kerajaan telah bersetuju menetapkan nilai taraf baru bagi semua kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian bagi semua peringkat kelulusan termasuk Maqbul berkuatkuasa bagi pelajar-pelajar yang berdaftar selepas 21 April 2003. Penetapan semula nilai taraf ini melibatkan universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi seperti berikut: Mesir (i) Universiti Al-Azhar (semua cawangan); (ii) Universiti Cairo; (iii) Universiti Alexandria; (iv) Universiti Ain Shams; dan (v) Universiti Assiut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy