Nilai Taraf

 11 CERAIAN SP.2.1.3 PENETAPAN NILAI TARAF BAGI KELAYAKAN-KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SASTERA DAN SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan nilai taraf bagi kelayakan-kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan seperti Pengajian Islam, Usuluddin, Bahasa Arab dan sebagainya dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam skim perkhidmatan kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi telah diiktiraf oleh kerajaan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am / Lulus atau Kepujian mengikut tahap kelulusan seperti berikut: (i) Pencapaian di peringkat Jayyid (Baik) (60% - 100%) dan ke atas diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan; dan (ii) Pencapaian di peringkat Maqbul (Lulus) (50% - 59%) diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am / Lulus dari universiti-universiti tempatan. 3. Manakala kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama dari universitiuniversiti di Jordan diiktiraf oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian tanpa mengambil kira tahap kelulusan seperti di atas. 4. Berdasarkan kepada pengiktirafan dan nilai taraf di atas, pemegang-pemegang kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi adalah layak dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan-jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang mensyaratkan Ijazah Sarjana Muda sebagai kelayakan masuk minimum.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy