Nilai Taraf

 7 SP.2.1.2 (ii) Kelayakan Ijazah Sarjana dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari universiti-universiti di Amerika Syarikat yang bertaraf “accredited” diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana dari universiti-universiti tempatan dengan syarat memiliki Ijazah Pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan; (iii) Pemegang-pemegang Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan sekiranya memohon perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam hanya layak memohon jawatan-jawatan yang mensyaratkan Ijazah Sarjana Muda Am sebagai kelayakan masuk; (iv) Bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mana skim perkhidmatannya mensyaratkan kelayakan masuk minima Ijazah Sarjana Muda Kepujian, pemegang-pemegang Ijazah Sarjana Muda bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am yang diiktiraf oleh Kerajaan dari universitiuniversiti di Amerika Syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf; (v) Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dari universiti-universiti yang disenaraikan diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan; dan (vi) Ijazah-ijazah dalam bidang pendidikan dari universiti-universiti di Amerika Syarikat tidak terlibat dengan pemberian nilaitaraf ini. Penetapan Gaji Masuk 8. Dengan keputusan ini juga, pemegang-pemegang kelayakan daripada mana-mana 16 buah universiti yang baru dimasukkan dalam senarai seperti di Lampiran SP.2.1.2(B) dan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.75, sekiranya telah dilantik ke dalam jawatan yang ditetapkan gaji masuk pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Am adalah layak diberi pelarasan gaji ke matagaji yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian jika sekiranya skim perkhidmatan berkenaan ada mempunyai penetapan gaji masuk di peringkat tersebut. Calon yang dilantik ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minimum Ijazah Sarjana Muda Kepujian layak dibayar gaji permulaan dalam gred gaji jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minimum Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy